Thursday 21 July 2016

Surah AlBaqarah (186)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 186:


Ringkasan tafsir;

Turun ayat ini apabila kaum Yahudi mempersendakan doa orang muslimin “bagaimana Tuhan kita dapat mendengar doa kita, sedang tuan mendakwa bahawa jarak antara langit dan bumi adalah terlalu jauh perjalanannya. Dan sesetengah para muslimin bertanyakan kepada Nabi “adakah Tuhan kita itu dekat maka kita merayu atau apabila jauh maka kita seru?” dan “bilakah ketikanya kita berdoa kepada Tuhan kita ?”.
.
Maka Allah berfiman kepada Nabi Muhammad supaya berkata kepada mereka, “Jika hamba ku bertanyakan tentang Allah, sesungguhnya Allah itu hampir dengan kamu, Allah perkenankan doa orang yang memohon, maka hendaklah mereka itu mengikut perintah Allah mudah-mudahan Allah memberi petunjuk.
.
Oleh itu sekiranya manusia bertanyakan tentang Allah, maka pertanyaan itu tidak boleh terkeluar dari tiga perkara berikut;
1. Bertanya tentang Zat Allah, maka ini bertanyakan jauh dekatnya Allah dengan manusia.
2. Bertanya tentang Sifat Allah, maka ini bertanyakan Allah mendengar doa manusia.
3. Bertanya tentang Perbuatan Allah, maka ini  bertanyakan Allah memperkenankan doa manusia.
.
Adapun aturan doa itu ialah;
1. Hendaklah taat dan menurut perintah Allah.
2. Berdoa kepada Allah dalam keadan yakin.
3. Hendaklah berdoa dalam keadaan tertib tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.
3. Hendaklah bermula dengan memuji Allah dan berselawat keatas Nabi s.a.w.
4. Jangan merungut dengan berkata “Aku telah beroda tetapi tidak juga dikabulkan doa ku”.

.
.

.

[Previous] [Next]
,
Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat  181~190,
 [GS] https://t.co/ESxnae4lXN
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan,

[G+] https://plus.google.com/105477194910504851313/posts/8YvBchbyG3W